Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, August 20, 2015

MENANGIS DICEKUP PENGUATKUASA


Menangis dicekup penguat kuasa


Klang - Sedar dirinya tetap akan dicekup, seorang gadis pelayan pelanggan (GRO) menangis teresak-esak selepas ditahan penguatkuasa Imigresen dalam Ops Sayang di sebuah premis hiburan di Bandar Baru Klang, dekat sini, kelmarin.

Ketika serbuan dilakukan, gadis berusia lingkungan 20-an itu sedang sibuk melayan pelanggannya. Dia berjaya diberkas selepas cuba melarikan diri dengan bersembunyi di sebalik timbunan botol minuman di premis terbabit.

Ketua Unit Tindakan Imigresen Putrajaya, Hazizan Abdullah berkata, anggotanya terpaksa melakukan penyamaran dengan menaiki van mengangkut barang bagi mengelak dikesan oleh tonto dalam operasi selama tiga jam berakhir jam 2 pagi.

“Premis dilengkapi dengan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di bahagian depan dan belakang. Pemeriksaan lanjut mendapati premis hiburan ini mempunyai kemudahan pusat snooker di tingkat dua, manakala tingkat tiga menempatkan pusat karaoke,” katanya.

Beliau berkata, operasi yang dijalankan hasil risikan dan maklumat itu berjaya menahan lapan GRO warga Vietnam.

Katanya, turut ditahan dua lelaki warga Bangladesh disyaki pekerja premis terbabit.

Kesemua yang ditahan berusia 20 hingga 33 tahun disiasat mengikut Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

0 comments:

share2