Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, April 6, 2015

TOK AWANG SELAMPIT : GST - SYARIKAT AUTOMOTIF BUAT LAWAK?



Menteri kata aduan mengenai GST sudah semakin berkurangan. Katanya rakyat sudah faham mengenai GST dan kenaikan harga barangan hanya untuk sementara dan akan turun selepas ini. Tok Awang tak tau nak kata apa, tapi berkurangnya aduan bukan bermakna rakyat sudah faham kerana mungkin juga disebabkan rakyat sudah bosan dengan apa yang berlaku, diantara ketamakan peniaga dan kelemahan pemantauan pihak berkuasa.

Seakan tidak bermakna langsung adanya akta anti 'pencatutan' yang kerajaan laung-laungkan. Elok saja pencatutan ditukar kepada 'pencatatan' atau 'pencacatan' cuma asal saja jangan ditukar kepada 'pencarutan' sudahlah. Tak elok beno bunyinya..

Tok Awang nak siarkan satu keratan dari media cetak, akhbar arus perdana yang menyiarkan penurunan jualan harga kenderaan oleh beberapa syarikat automotif negara sempena GST. Bacalah dan fahamkanlah betul-betul.




Tok tak tau sama ada berlaku kesilapan cetakan atau apa mengenai pengumuman berkenaan. Mungkin juga syarikat berkenaan tidak memahami GST sebenar-benarnya atau mungkin juga sengaja nak buat lawak. Tapi, bagi kenderaan yang berharga ratusan ribu ringgit jika penurunannya hanya sekadar RM15.00, eloklah syarikat berkenaan tidak usah memaklumkannya kepada umum.

Tok juga tidak faham, apakah pihak syarikat berkenaan tidak tahu membuat kiraan pengurangan 6% atau ianya sengaja dilakukan bagi 'menganjing' pihak kerajaan.

Nampaknya masih banyak lagi yang perlu dilakukan oleh menteri-menteri berkenaan dalam menangani isu GST ini.


Tok Awang Selampit.

0 comments:

share2