Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, April 5, 2015

TOK AWANG SELAMPIT : AL-FATIHAH UNTUK ALLAHYARHAM JAMALUDDIN JARJIS



Satu peristiwa menyayat hati berlaku petang semalam dimana helikkopter yang dinaiki Tan Sri Jamaluddin Jarjis telah terhempas dan mengorbankannya bersama 5 penumpang lain termasuk pilot dan pembantu.

Beliau adalah seorang tokoh politik yang berjaya dan disegani yang juga telah banyak mencurahkan jasanya kepada parti dan negara. Beliau lebih dikenali sebagai JJ.

Karier politik Y.B. Tan Sri Dr. Jamaluddin Jarjis dalam UMNO bermula di Cawangan Kampung Mengkasar, Pekan. Sepanjang penglibatannya, beliau dipilih sebagai Ketua Pemuda Bahagian Pekan pada tahun 1983 dan Timbalan Ketua Bahagian Rompin selain diberi kepercayaan sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO serta Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang (Tahun ?).

Terpilih menjadi Presiden Kelab Penyokong Kerajaan pada 1999, Pembantu Whip Barisan Nasional bagi Parlimen ke-10 dan Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Awam (PAC) pada 1994.

Beliau menjadi Ahli Majlis Tertinggi UMNO 2000-2003 setelah undi kelapan terbanyak dengan 1,268 undi.

Kemudian dilantik sebagai Menteri Kewangan Kedua pada 21 November 2002. Berikutan rombakan kecil kabinet pada bulan Januari 2004, Tan Sri Dr. Jamaluddin Jarjis dilantik sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna sebelum dikekalkan dengan jawatan yang sama selepas Pilihan Raya Umum ke-11. Beliau diberi kepercayaan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, untuk menerajui Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi pada 30 Mac 2004.

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau menang kerusi parlimen , Pahang .Beliau menang dengan mendapat undi sebanyak 21,308. Calon lawan ialah Mazlan Bin Mohamed Yassin dari PAS mendapat 10,629 undi - Kalah . Peratus pengundi yang keluar ialah 79%. Undi rosak sebanyak 824.

Mungkin ada yang tidak menyenangi atau memusuhi beliau dalam politik semasa hayatnya, namun sebaiknyalah kita melupakan segalanya itu dan mendoakan agar beliau ditempatkan ditempat yang dimuliakan disisi Allah. Mari sedekahkan fatihah untuk beliau dan ucapkan takziah kepada seluruh keluarganya.


Tok Awang Selampit.


0 comments:

share2