Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, April 14, 2015

POLIS TAHAN 24 GRO DI GEORGETOWN




GEORGETOWN: Polis menahan 23 wanita Vietnam dan seorang wanita warga China yang bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) di sebuah pusat hiburan di Lebuh Farquhar di sini, awal pagi ini. 

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, dalam serbuan pukul 1 pagi itu, seorang lelaki tempatan berusia 30-an dipercayai menjadi bapa ayam mempromosi GRO terbabit kepada pelanggan turut ditahan. 

"GRO terbabit turut disyaki menawarkan khidmat seks kepada pengunjung pusat hiburan itu," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Beliau berkata polis turut menahan penjaga pusat hiburan itu untuk siasatan dan premis terbabit pernah diserbu beberapa kali selain dilengkapi dengan jeriji besi dan dikawal ketat 'tonto'. 

Katanya, GRO berusia antara 20 dan 30 tahun ITU memasuki negara ini menggunakan pas lawatan sosial. Mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut untuk dokumentasi.




0 comments:

share2