Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, April 6, 2015

KUANTAN: DAFTAR LESEN MOTOSIKAL RM200 SAHAJA


Daftar lesen motosikal RM200 sahaja



Penduduk yang tinggal di sekitar Sungai Lembing berumur 45 tahun ke atas dan 21 tahun ke atas bagi Orang Asli yang masih belum memiliki lesen motosikal boleh membuat pendaftaran di Pusat Khidmat Dun Sungai Lembing dengan bayaran RM200 sahaja.

Adun Sungai Lembing, Datuk Md Sohaimi Mohamed Shah berkata, promosi ini hanya akan berlangsung sepanjang April untuk membuka peluang penduduk memiliki lesen motosikal sendiri.

Menurutnya, ada di kalangan penduduk terutamanya yang berumur lebih 45 tahun masih tidak mempunyai lesen motosikal, tetapi menggunakan kenderaan itu untuk urusan seharian.

Beliau berkata, golongan belia Orang Asli juga boleh merebut peluang ini agar mereka boleh menunggang motosikal mengikut undang-undang.

“Memahami keperluan masyarakat di sini, saya tawarkan promosi dengan bayaran RM200 agar mereka boleh memperoleh lesen masing-masing.

“Walaupun masing-masing sudah cekap menunggang motosikal, mereka perlu ada lesen kerana jika ada apa-apa yang berlaku, sekurang-kurangnya mereka masih boleh tuntut insurans,” katanya.

Di samping itu juga, beliau menegaskan kepentingan memiliki lesen motosikal dan lesen-lesen kenderaan yang lain untuk penduduk di Sungai Lembing ini.

Md Sohaimi berkata, walaupun Sungai Lembing terletak di kawasan luar bandar, penduduk tidak boleh mengambil remeh mengenai kepentingan lesen ini.

“Saya harap pada mereka yang layak buat permohonan di Pejabat Dun Sungai Lembing dengan kadar segera.

“Promosi ini hanya berlangsung pada bulan April sahaja dan saya harap semua penduduk yang memiliki motosikal mempunyai lesen memandu yang sah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Program Kenduri Rakyat di Sungai Lembing di sini, semalam.

Kenduri dihadiri lebih 3,000 penduduk Sungai Lembing itu bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan pemimpin dan rakyat, tetapi membolehkan segala aduan dan perkara berbangkit dapat disalur secara telus untuk tindakan pihak bertanggungjawab.

0 comments:

share2