Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, April 5, 2015

KOTAK HITAM DITEMUI, JAMIN SIASATAN MENDALAM


Datuk Seri Liow Tiong Lai


Kuala Lumpur - Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai mengesahkan perakam suara kokpit helikopter Daulphin 9M-IGB yang terhempas semalam sudah ditemui.

Katanya, penemuan tersebut amat penting bagi membolehkan siasatan dijalankan dan seterusnya mengenalpasti punca nahas.

"Bahagian Siasatan Kemalangan Udara telah pun menjalankan siasatan awal kemalangan pada pagi ini dan menjumpai bangkai pesawat serta perakam suara kokpit. Daripada serpihan bangkai kita akan tentukan punca nahas.

"Buat masa ini kita masih belum dapat sebarang laporan awal. Tetapi kita akan buat siasatan sedalam-dalamnya dan keluarkan laporan secepat mungkin," katanya ketika ditemui selepas menziarahi keluarga Allahyarham Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis yang terkorban dalam nahas tersebut, hari ini.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai kesahihan helikopter tersebut meletup di udara sebelum terhempas, beliau berkata, perkara itu masih belum dapat dipastikan.

0 comments:

share2