Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, April 5, 2015

CUKAI GST HARUS, KATA MUFTI KELANTAN


Datuk Mohamad Shukri Mohamad


Kota Bharu - Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad menegaskan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) mengikut syarak yang ditetapkan dan hukumnya harus.

"Cukai berkenaan menggantikan cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebelum ini dan merupakan percukaian yang diperkemaskan untuk memperbaiki sistem cukai di negara kita.

"Pelaksanaan ini adalah untuk mewujudkan keadilan sosial dan bukannya membebankan rakyat," katanya ketika mengadakan sidang media di pejabatnya di Lundang, hari ini.

Mohamad Shukri berkata, apa yang penting pelaksana (Kerajaan) perlulah memberi pemahaman yang betul kepada rakyat supaya tidak terkeliru.

Justeru itu, beliau juga turut menasihatkan supaya peniaga tidak mengambil kesempatan terhadap pengguna dengan menaikkan harga sesuka hati tanpa mengikut syarat dalam pelaksanaan GST.

0 comments:

share2