Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, March 9, 2015

TOK AWANG SELAMPIT : GENAP SETAHUN MISTERI MH370 HILANG



Semalam, 8hb Mac, genap setahun pesawat MH370 hilangh tanpa dapat dikesan. Berbagai usaha telah dilakukan untuk menjejakinya namun setakat ini segalanya sia-sia.

Segala ilmu dan kemahiran anak tempatan telah juga digunakan hatta khidmat bomoh dengan 2 biji kelapa serta teropong buluh juga gagal mengesan MH370.

Diluar, banyak sok-sek-sok-sek yang kedengaran. Ada yang kata MH370 disembunyikan dipulau itu, ada juga yang kata disembunyikan disini. Namun kenyataan berkenaan tanpa sebarang fakta.

Ada juga yang kata jika Anwar jadi PM maka beliau akan dengan senang dapat menemukannya. Ini juga kenyataan tanpa fakta.

Semalam TV1 menyiarkan dokumentari pencarian MH370. Menontonnya Tok Awang insaf dan sedar betapa sulitnya pencarian ini. Ianya bukan bagai mencari siling yang ditengah halaman, bahkan mungkin seakan mencari jarum yang hilang di dalam stadium.

Pencarian dilakukan oleh mereka yang pakar dan benar-benar memberikan fokus kepada tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan. Justeru usahlah kita yang tidak tahu apa-apa serta tidak berilmu ini mencerca apa yang mereka lakukan.

Janganlah kita mengecilkan usaha yang mereka lakukan itu yang berlandaskan ilmu pengetahuan dan fakta dengan alasan kosong kita yang penuh auta.

Marilah kita terus berdoa semoga dimana atau apapun yang terjadi kepada semua penumpang MH370 mereka tetap dirahmati Allah. Semoga MH370 dapat ditemukan dan akan terungkailah segala rahsia dan teka-teki yang tersembunyi selama ini.

Alam ini penuh dengan misteri dan keghaiban yang tidak tercapai oleh akal kita sebagai manusia. Hanya Allah yang lebih mengetahui segalanya... segala rahsia langit dan rahsia bumi.


Tok Awang Selampit.



0 comments:

share2