Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, March 18, 2015

TIGA PELANCONG AUSTRALIA CEDERA KERETA MASUK GAUNG



Kota Kinabalu - Tiga pelancong Australia cedera, seorang daripadanya parah, selepas kereta dinaiki mereka terhumban ke dalam gaung di Kampung Kebayau, Jalan Tuaran Lama-Kiulu semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M. Chandra berkata, pelancong yang cedera parah ialah seorang lelaki berumur 47 tahun manakala dua yang cedera ringan ialah wanita berumur 39 tahun dan remaja lelaki berumur 15 tahun.

Turut cedera parah dalam kemalangan 3.50 petang itu ialah pemandu kereta berkenaan seorang wanita tempatan berumur 44 tahun yang merupakan kenalan kepada pelancong berkenaan, katanya dalam kenyataan tanpa memberikan butiran identiti mereka.

Kesemua mangsa dihantar ke Hospital Queen Elizabeth 2 untuk rawatan, katanya.

Chandra berkata siasatan awal mendapati kereta dalam perjalanan dari arah Kiulu ke Kota Kinabalu itu gagal dikawal oleh pemandunya dan terhumban ke dalam gaung.

0 comments:

share2