Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, March 14, 2015

PENYAMUN JALANAN SEDANG DIBURU


Seremban - Polis giat melancarkan gerakan memburu sekumpulan penjenayah yang melakukan samun jalanan bersenjata menyasarkan taman perumahan dan tadika sekitar bandar ini. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Nor Azman Yusof berkata, sejak Januari hingga kini, polis merekodkan 20 kes dilakukan kumpulan penjenayah terbabit.

Beliau berkata, hasil siasatan mendapati, penjenayah melakukan jenayah samun jalanan antara 9 pagi hingga 1 tengah hari dengan menyasarkan kaum wanita.

“Modus operandi mereka, seorang atau dua daripada mereka akan menerpa ke arah mangsa dengan menggunakan parang dan akan memaksa mangsa menyerahkan barang berharga.
Manakala rakan suspek akan menunggu di luar bersama bermotosikal," katanya.

Menurutnya, suspek akan cuba bertindak ke atas mangsa tidak kira mangsa berada di luar kawasan rumah ataupun keluar dari kereta.

"Pagar rumah yang tidak berkunci membolehkan suspek mengejar masuk rumah melakukan jenayah samun. Suspek turut menyembunyikan parang di dalam beg yang diletakkan dalam bakul motosikal,” katanya di sini, semalam.

Nor Azman berkata, siasatan lanjut mendapati, kumpulan penjenayah tersebut menggunakan motosikal jenis Yamaha 125z hitam atau merah dengan menggunakan plat pendaftaran palsu, selain turut memakai helmet gelap.

“Kesemua suspek berpakaian seluar jeans dan baju-T itu berumur lingkungan 20-an. Kesemua mereka mempunyai bentuk badan yang tinggi dan kurus," katanya.

Beliau turut menasihatkan orang ramai yang menjadi mangsa samun kumpulan berkenaan supaya tidak melawan kerana suspek boleh bertindak ganas.

0 comments:

share2