Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, March 12, 2015

KUANTAN: AKIBAT TERLALU MENGIKUT EMOSI


Akibat terlalu mengikut emosi


Akibat mengikut emosi marah, seorang lelaki didenda Mahkamah Majistret Kuantan, dekat sini, semalam kerana bergaduh di tempat awam, dua tahun lepas.

Tertuduh, Mohd Sukri Hamid, 46, dari Taman Perlindung Perdana, mengaku bersalah setelah melibatkan diri dalam pergaduhan di Restoran Kemaman Kopitiam, Jalan Berserah kira-kira jam 2.25 petang, 20 Ogos 2012.

Tertuduh didakwa atas kesalahan dengan sengaja menyebabkan cedera terhadap seorang lelaki berusia 30-an dengan menyerangnya menggunakan sebuah kerusi kayu yang mungkin boleh menyebabkan kematian.

Mengikut fakta kes, tertuduh telah memukul pengadu di bahagian kepala yang turut mendatangkan kecederaan pada bahagian mulut dan jari.

Terdahulu, melalui peguamnya Mohd Hameezy Mokhtar, tertuduh bekerja sebagai peniaga yang menjalankan perkhidmatan menyewa lori berada dalam luar kawalan kemarahan disebabkan satu salah faham melibatkan urusan penyewaan lori.

Pengadu gagal membayar hutang penyewaan dan belum menyerahkan lori disewa kepada tertuduh sehingga setakat ini.

Disebabkan ketegangan keadaan tersebut, tertuduh telah bertindak di luar kawalan dan dia mengaku bersalah serta berjanji tidak akan mengulanginya lagi.

Bagaimana pun tertuduh telah membuat rayuan kepada mahkamah bagi mengurangkan hukuman memandangkan pendapatannya juga tidak menentu dan perlu menyara seorang isteri yang tidak bekerja serta lapan orang anak.

Majistret Noor Zaihan Mohamad Ali telah mengenakan denda RM1,800 atau tiga bulan penjara jika gagal menjelaskannya.

0 comments:

share2