Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, March 12, 2015

KUANTAN : 9 TAPIR MATI DILANGGAR DALAM 5 TAHUN

Sembilan tapir mati dilanggar dalam tempoh 5 tahun



Populasi tapir di negara ini semakin membimbangkan apabila haiwan terancam tersebut sering kali menjadi mangsa nahas jalan raya.

Pengarah Perhilitan Pahang, Khairiah Mohd Shariff berkata, dalam tempoh lima tahun dari 2010 hingga 2015 sebanyak sembilan ekor tapir mati akibat dilanggar.

Menurutnya, keadaan ini berlaku apabila pembangunan di sesebuah kawasan pesat dilaksanakan yang menyebabkan habitat haiwan ini terjejas.

Akibatnya, tapir-tapir ini dilihat berkeliaran di kawasan tepi jalan untuk keluar mencari makanan.

“Apabila habitat mereka yang terletak di kawasan hutan belukar diterokai, tapir sukar untuk mencari makanan yang menyebabkan ia merayau sehingga ke jalan raya.

“Keadaan fizikal haiwan yang hitam putih itu menyebabkan pemandu kenderaan tidak prihatin dan memandu laju.

“Disebabkan itu, tapir ini mudah mati di atas jalan raya berbanding kawasan- kawasan lain,” katanya.

Khairiah berkata, pada tahun 2011 dan 2014 ,terdapat empat kes kematian tapir akibat kemalangan jalan raya dicatatkan.

Seterusnya, pada tahun 2014 pula, jumlah ini meningkat kepada empat kes dalam masa setahun.

Pada 2015, satu kes telah dicatatkan semalam (9 Mac) di kawasan Jalan Pintasan Kuantan- Kemaman.

“Antara langkah pencegahan yang dilaksanakan oleh Perhilitan bagi mengatasi perkara itu adalah meletakkan papan tanda khas di jalan raya.

“Papan tanda itu diletakkan untuk pemandu memperlahankan kenderaan untuk memberi laluan tapir-tapir ini melintas,” katanya.

Selain itu, antara langkah jangka panjang pul adalah mewujudkan ‘habitat enrichment' iaitu menanam tanaman sebagai makanan tapir.

Perhilitan juga akan mengusulkan satu inventori kampung hutan berhampiran Sungai Ular yang dikatakan menjadi kawasan rayau untuk haiwan terancam ini.

Sementara itu, Adun Teruntum, Sim Chon Siang berkata, dia kesal kerana tiada penguatkuasaan dan pemulihan yang terperinci bagi menjaga populasi tapir di negeri ini.

“Saya harap agar perkara ini dipandang lebih serius kerana jumlah tapir yang ada semakin berkurangan setiap tahun,” katanya.



0 comments:

share2