Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, March 20, 2015

KELANTAN PERLU SEGERA DAKWAH PERJELAS HUDUD


Datuk Seri Mustapa Mohamed


Kota Bharu - BN Kelantan mahu kerajaan negeri menyegerakan dakwah dan penerangan kepada orang Islam dan bukan Islam di negeri ini bagi mengelak rasa takut terhadap pelaksanaan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan (1993) 2015 atau hudud.

Pengerusinya, Datuk Mustapa Mohamed berkata, setelah bersetuju dengan hudud, mesyuarat BN yang diadakan tiga bulan lalu memutuskan supaya kerajaan Pas Kelantan memberi penerangan jelas mengenainya.

“Isu-isu yang berkaitan dengan pelaksanaan hudud menyebabkan ramai yang takut dengan hukum Islam ini maka pemerintah perlu atau wajib beri penerangan kepada orang Islam dan bukan Islam.

“Ramai yang kata undang-undang ini zalim dan tidak sesuai pada zaman moden dan ini kritikan yang dilakukan pihak tertentu, jadi, pada saya, dakwah dan pendidikan penting agar rakyat Malaysia memahami keindahan hukum Islam,” 
katanya kepada pemberita, di sini, semalam.

Mustapa berkata, jika hudud dilaksanakan, pihaknya juga mengharapkan berlaku secara adil dan saksama agar penganiayaan tidak berlaku.

Beliau turut mengakui Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 sebelum ini ada beberapa kelemahan, namun setelah penubuhan Jawatankuasa Teknikal Pusat dan Negeri, ia dapat diperbaiki.

“Kita dapati ada kelemahan, umpamanya kita lihat dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 yang diluluskan Dewan Negeri ada beberapa kelemahan dan diakui kerajaan negeri.

“Pindaan yang dibentangkan pada kali ini sudah mengambil kira beberapa kelemahan termasuk dikecualikan kepada orang bukan Islam, jadi kelemahan sejak lebih 20 tahun lalu sudah dapat diselesaikan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berharap parti komponen BN lebih bersabar dan menunggu pengumuman penjelasan dari presiden parti mengenai pelaksanaan hudud di Kelantan.

0 comments:

share2