Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, March 17, 2015

KELANTAN PERLU HORMATI PR SEBELUM BENTANG PINDAAN


Rafizi Ramli


Kuala Lumpur - Kerajaan Negeri Kelantan perlu menghormati keputusan dan permintaan hasil mesyuarat Majlis Pimpinan PR minggu lalu sebelum mereka membentangkan pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 pada sidang Dun Kelantan, esok.

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata walaupun Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V sudah menyuarakan sokongan terhadap pelaksanaan hudud di Kelantan.

"Itu bukan perkara baharu walaupun titah itu adalah titah semasa pembukaan sidang Dun, mereka masih belum kembali kepada kita sebagai menghormati PR dan proses kerjasama, sepatutnya mereka kembali kepada kita sebelum membentangkannya.

"Kita masih lagi menunggu mereka untuk kembali kepada kita (Majlis Pimpinan PR) dengan maklum balas mereka tentang hasil perbincangan kami," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas titah Sultan Kelantan yang menyuarakan sokongan terhadap pelaksanaan hudud di Kelantan ketika bertitah sempena Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga Dun Kelantan ke-13, semalam.

Selain itu, baginda juga mengharapkan kerjasama antara kerajaan negeri dan persekutuan bagi membina rumah kekal untuk mangsa banjir perlu diteruskan dan dipertingkatkan.

Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan menegaskan pihaknya hanya akan menyatakan pendirian selepas Kerajaan Negeri Kelantan memberi maklum balas atau menunggu selepas pindaam itu dibentangkan esok.

"Saya mengambil kira titah sama ada Yang di-Pertuan Agong yang membuka Parlimen ataupun Yang di-Pertuan Sultan-Sultan yang membuka Dun adalah titah kerajaan yang disediakan oleh kerajaan.

"Ada beberapa permintaan kepada beberapa pindaan yang bakal dibuat dan kita masih menunggu, kalau dibentangkan juga esok, kita kena tunggu apa yang akan dibentangkan esok (di sidang Dun Kelantan) dan PKR akan respon mengikut turutan," katanya lagi.

0 comments:

share2