Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, March 9, 2015

JKKK PAHANG DIMINTA PANTAU PEMBAKARAN TERBUKA



Kuala Lipis - Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Pahang ini diminta memantau kegiatan pembakaran terbuka di kawasan dan mukim masing-masing untuk mengelak sebarang kejadian tidak diingini pada musim kemarau ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Asas dan Alam Sekitar Negeri, Datuk Seri Ir Mohd Sofi Abdul Razak berkata, Pahang mempunyai 534 JKKK yang boleh bantu memantau dan menasihati petani atau individu yang cuba membuat pembakaran terbuka.

"Dalam keadaan cuaca panas dan kering sekarang, penduduk perlu mengambil langkah berjaga-jaga dan mengelakkan pembakaran terbuka termasuk membuang puntung rokok di kawasan yang mudah terbakar, membakar sampah sarap dan membuat unggun api semasa memancing," katanya.

Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Benta itu berkata faktor cuaca kering dan berangin boleh menyebabkan pembakaran kecil merebak ke kawasan lain dan boleh mengancam nyawa serta kemusnahan harta benda.

Setakat ini belum ada laporan kebakaran besar berlaku di negeri ini namun langkah berjaga-jaga perlu diambil, katanya.

0 comments:

share2