Beberapa kali Tok Awang mengikuti Menteri Besar, Tok Nan menyampaikan Suratan Hak Milik Tanah yang disampaikan secara berkelompok. Banyak kali juga Tok Awang dengar Tok Nan beri nasihat kepada penerimanya supaya gunakan dan jaga tanah itu sebaik mungkin.
Tok Awang percaya bahawa Tok Nan memberi nasihat yang baik dan memang patut dan kena pada tempatnya. Tok Nan kabor begitu pasal memang dah ada dan banyak berlaku... hari ini dapat tanah... hari esok dah jual.
Kata Tok Nan lagi... orang Melayu jual tanah ke Cina dan India ... banyak, tapi memang jarang.. jarang dam kadang... kadang saja orang Melayu membeli tanah dari Cina dan india.
Orang Melayu ada tanah berekar-ekar, tapi penuh dengan belukar. Tapi orang Cina yang tak ada tanah.. menumpang di tanah orang Melayu.. tanam pisang dan sayuran.. mampu menyara hidup mereka.
Apakah orang Melayu melihat tanah sebagai satu kematian? Sama seperti 'tanah kubur'? Ditanam batu nesan yang akhirnya akan reput begitu saja... sedangkan orang Cina melihat tanah bagaikan kehidupan.. ditahan pokok dan tumbuh-tumbuhan... hidup subur... berbuah dan memberi hasil.
Dalam keadaan harga barangan melambung sekarang ini.. semuanya harus dibeli.. jika kita ada sepasu dua tanah dan ditanami cili dan sayuran... bukankah akan dapat membantu kurangkan pergantungan kepada orang lain sambil menjimatkan perbelanjaan?
Jika kita berbalik kepada kehidupan zaman datuk nenek kita dulu... bercucuk tanah dan berternak kecil-kecilan.. kurangkan pergantungan kepada penjual, mungkin penjual dan orang tengah tidak mampu berleluasa menentukan harga sesuka hati mereka.
Jika orang putih.. orang Cina dan India kata kita malas... mungkin mereka benar.. kerana kita merasa selesa dan masih menyangka bahawa negeri ini tanah air kita, tapi hakikatnya kita sudah hampir tidak memiliki apa-apa lagi selain tanah kubur apabila kita mati nanti.
Tok Awang tengok banyak tanah-tanah di kampong yang ditumbuhi belukar... alangkah baiknya kalau anak-anak muda kita yang tak ada pekerjaan tetap mengusahakannya... paling mudah adalah menanam serai yang juga sudah semakin mahal dipasaran.
Tok Awang Selampit.
0 comments:
Post a Comment