Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, February 21, 2015

SUHAIZAN JANGAN ASYIK MAIN POLITIK


Mohd Johari Abu Bakar


Kuala Terengganu – Ketua Pemuda Umno Terengganu, Mohd Johari Abu Bakar menyelar sikap Ketua Pemuda Pas, Suhaizan Kaiat yang melihat saranan BN Kelantan untuk tidak meletakkan calon BN di Dun Chempaka sebagai mempunyai muslihat politik.

“Ia bukan helah. Jangan kita banyak sangat politik. Kalau bersikap macam ini, sampai bila hendak bela nasib bangsa dan agama,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Beliau berkata sebagai mengulas dakwaan Suhaizan sebelum ini yang menganggap saranan Pengerusi BN Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed supaya BN tidak bertanding di Dun Chempaka pada pillihan raya kecil (PRK) di kerusi itu 22 Mac ini seolah-olah mahu menarik rakyat mengundi calon BN.

Sementara itu, Mohd Johari berkata, pihaknya menyifatkan saranan Mustapa itu sebagai satu penghormatan kepada bekas wakil rakyatnya, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Mohd Johari berkata, ia bukan bererti BN takut kalah kerana BN sering berhadapan Nik Aziz di kerusi tersebut setiap kali pilihan raya umum.

Sehubungan itu, saranan supaya BN tidak bertanding cukup jelas menunjukkan BN Kelantan turut menghormati Nik Aziz yang merupakan ulama dan mempunyai pengaruh besar serta disegani khususnya rakyat Kelantan.

Beliau berkata, jika BN benar-benar tidak bertanding, ia merupakan langkah sama diambil BN ketika pilihan raya kecil di kerusi Parlimen Bukit Gelugor yang kosong sebelum ini berikutan kematian wakil rakyatnya, Pengerusi DAP, Karpal Singh.

“Karpal Singh tidak buat pilihan raya kerana itu kawasan dia. Penghormatan diberi kerana dia sudah lama di situ dan kita boleh fokus kepada perkara penting yang lain seperti banjir kerana ia bukan perkara mudah dan memerlukan kos yang tinggi,” katanya.

Sebelum ini, Pengerusi BN Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed mencadangkan supaya tidak meletakkan calon BN di Dun Chempaka pada PRK ini bagi memberi tumpuan kepada isu menangani banjir yang disifatkan lebih mustahak.

0 comments:

share2