Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, February 24, 2015

PAS: KALAU TAK SUKA, DAP BOLEH KELUAR PR


Takiyuddin Hassan


Kota Bharu - Pas memberi amaran kepada DAP supaya tidak mengugut parti itu keluar dari komponen PR kerana mahu meneruskan ageda perlaksanaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II, kata Timbalan Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan. 

Sebaliknya, Ahli Parlimen Kota Bharu itu berkata, DAP yang perlu bertindak keluar dari gabungan tersebut jika tidak bersetuju dengan cara dan perjuangan yang dilakukan oleh Pas. 

Beliau mengulangi pendirian Pas Kelantan untuk meneruskan perlaksanaan undang-undang ini termasuk membentangkan rang undang-undang pindaan di sidang Dun negeri pada 19 Mac serta membawa ke parlimen dalam tempoh terdekat. 

“PR bukan kepunyaan DAP, kita juga tak ada ketua, kalau dia tak setuju dia boleh keluar, kenapa nak suh kita keluar,”katanya semasa memberi penerangan kepada media berhubung perlaksanaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan di sini semalam. 


Sementara itu Timbalan Menteri Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, masa depan PR, termasuk kemungkinan gabungan itu berpecah bergantung kepada tindakan DAP. 

“Dap tidak boleh keluarkan kita, tidak ada hak, kalau suami boleh ceraikan isteri, tetapi sekarang tiada istilah suami isteri,” katanya.

0 comments:

share2