Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, February 19, 2015

JENGKA : PENIAGA PASAR TANI DIBERI TEMPOH HINGGA JUN

Pentingnya mahir lakukan CPR


Peniaga di pasar tani di negeri ini diberi tempoh sehingga Jun depan bagi menyesuaikan keadaan dengan penurunan harga jualan seperti mana dikehendaki Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani Pahang, Datuk Shafik Fauzan Sharif berkata, peniaga perlu mematuhi ketetapan dengan menawarkan penjimatan antara lima hingga 20 peratus dengan dua bentuk pengurangan iaitu dari segi harga atau pertambahan berat serta bilangan.

Menurutnya, program jualan turun harga di pasar tani adalah selaras dengan penurunan harga minyak agar menjadi lokasi tumpuan orang ramai berbelanja mendapatkan barang keperluan harian.

“Barangan dijual di pasar tani adalah terus dari ladang sekali gus memberi peluang kepada pengeluar menjual terus kepada pengguna tanpa melalui orang tengah. Pada masa sama, pengguna perlu bijak membuat pilihan sebelum membeli dan digalakkan untuk membandingkan harga untuk langkah penjimatan.

“Kena cekap membezakan jenis sesuatu barang seperti cili yang mempunyai banyak jenis, maka harga setiap jenis juga berbeza,” katanya pada majlis pelancaran program jualan turun harga pasar tani, di sini.

Hadir sama, Pengarah Kanan Pembangunan Usahawan Fama Malaysia, Ab Razak Ab Majid dan Pengarah Bahagian Peruncitan dan Pasar Komuniti, Abd Rahman Mahmood.

Shafik Fauzan berkata, barangan basah dan makanan yang ditawarkan di pasar tani adalah jauh lebih segar, berkualiti dan dijual dengan harga murah.

Menurutnya, program tersebut juga menunjukkan kesediaan usahawan di bawah bimbingan kementerian bahawa mereka mampu menurunkan harga barangan.

“Penurunan harga di pasar tani diyakini akan mendorong peruncit lain mengurangkan harga jualan selain memberi nilai penjimatan kepada pengguna,” katanya.



0 comments:

share2