Baghdad - Kerajaan Iraq mendakwa menemui bukti penyeludupan organ oleh kumpulan militan Negara Islam (IS) sejak beberapa minggu lalu dalam sebuah kubur besar mengandungi 10 hingga 20 mayat.
Duta Iraq ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Mohamed Ali Alhakim berkata, setiap mayat ditemui dalam keadaan tidak sempurna dan mempunyai kesan dibelah di bahagian belakang badan mereka.
"Sebahagian mayat dikerat dengan beberapa bahagian telah hilang. Kumpulan ini telah merosakkan semua nilai kemanusiaan. Mereka telah melakukan perbuatan jenayah keganasan paling kejam terhadap rakyat Iraq.
"Apa yang mereka lakukan adalah pembunuhan beramai-ramai dan mereka perlu bertanggung jawab berdasarkan keadilan antarabangsa," katanya dalam satu kenyataan.
0 comments:
Post a Comment