Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, February 17, 2015

28,713 KAYU BALAK DIRAMPAS


BALAK


Kuching - Pemantauan dari udara bagi mengesan kegiatan pembalakan haram membuahkan hasil apabila Jabatan Hutan Sarawak (JHS) berjaya merampas sejumlah 28,713 batang balak pelbagai saiz dan spesis dalam tempoh dua minggu lepas.

Pengarahnya, Sapuan Ahmad berkata dalam 'Ops Kolam', berakhir Rabu lepas, pihaknya melakukan pemantuan udara di tiga sektor melibatkan kawasan seluas 1.54 juta hektar.

"Sektor 2 (Balingian, Tatau, Sebauh dan Tubau) mencatatkan rampasan tertinggi sebanyak 17,317 batang, diikuti oleh Sektor 1 (Rejang, Balleh, Balui dan Bakun) 9,555 batang dan Sektor 3 (Baram) 1,841 batang," katanya ketika dihubungi hari ini.

Sapuan berkata, nilai rampasan belum dapat dipastikan tetapi kertas siasatan telah dibuka untuk membolehkan tindakan lanjut dilakukan.

Menurutnya, kejayaan operasi turut dibantu oleh agensi-agensi penguat kuasa lain seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Lembaga Sungai-sungai Sarawak, Jabatan Kastam dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

0 comments:

share2