Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, January 7, 2015

TEMERLOH : TUKAR CUKAI JALAN DAN GERAN PERCUMA

Ismail bersama kira-kira 80 kakitangan JPJ membantu membersihkan kawasan perniagaan di Pasar Besar Mentakab semalam.


Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memberi tempoh sehingga hujung bulan ini kepada mangsa banjir untuk membuat penukaran lesen memandu, cukai jalan dan geran kenderaan yang hilang dan rosak secara percuma.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Ismail Ahmad berkata, mereka yang terbabit mesti membuat laporan polis untuk membuat penukaran secara percuma.

Menurutnya,usaha itu sebahagian daripada langjah jabatan itu dalam membantu mangsa banjir.

“Kita harap mangsa banjir yang kehilangan dokumen berkaitan supaya segera ke cawangan JPJ berdekatan secepat mungkin,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas bersama-sama 80 pegawai JPJ Pahang melakukan kerja pembersihan di sini semalam.

Dalam perkembangan berkaitan beliau berkata, JPJ akan menggerakkan anggota dan sukarelawan jabatan berkenaan untuk mengedarkan bantuan serta melakukan kerja-kerja pembersihan di Pantai Timur.

Menurutnya, setajat ini seramai 250 pegawai dan anggota serta 450 anggota Skuad Muda 1JPJ dari seluruh negara telah digerakkab ke Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Ismail berkata, pihaknya juga telah menghantar lapan lori (16) tan dan tiga lori (lima tan) untuk mengedarkan sebanyak 120 tan barangan sumbangan orang ramai kepada mangsa banjir si Pantai Timur.

Beliau berkata, selepas membantu mengedarkan barangan sumbangan pihaknya terlibat pula dengan kerja pembersihan dan misi itu akan diteruskan hingga selesai.

Beliau memaklumkan, kakitangan JPJ yang terlibat dengan banjir termasuk kediaman terjejas akibat bencana itu adalah seramai 166 orang melibatkan 36 di Terengganu, 93 di Kelantan dan 37 di Pahang.


Sumber


0 comments:

share2