Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, January 6, 2015

MAYAT WARGA NEPAL TERTIMBUS DI LOJING DITEMUI


GUA MUSANG - Mayat dua warga Nepal, Karna Dhwaj Limbu, 28, dan rakannya Dhan Kumar Rai ditemui tertimbus lumpur di dalam anak sungai di Jalan Lama Lojing semalam.

Mereka dilapor hilang dalam kejadian lereng bukit runtuh pada 31 Disember lepas.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Supt Saiful Bahri Abdullah berkata semasa kejadian, kedua-duanya sedang menanam sayur di kebun majikan mereka apabila lereng bukit tempat mereka bekerja tiba-tiba runtuh.

Mayat telah dihantar ke Hospital Gua Musang sebelum diserahkan kepada kedutaan negara mereka bagi urusan pengebumian. - Bernama

0 comments:

share2