Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, January 12, 2015

KUANTAN: PELAJAR CEMERLANG LAKAR SEJARAH


Ahmad Mustaqim (dua, kanan) bersama rakan-rakan sekolah yang banyak memberi sokongan sehingga
dianugerahkan Piala Mohamas Anas.


Kuantan - Ahmad Mustaqim Anvar, 15, melakar sejarah diri apabila berjaya mendapat gelaran pelajar cemerlang sepanjang tahun selepas menerima empat penghargaan dari pihak sekolah.

Anak ketiga dari lima beradik itu berjaya memperoleh kejayaan dalam hafazan tahunan, Imtihan Hafazan, Tokoh Khidmat dan Tokoh Keseluruhan Piala Mohamad Anas.

Pelajar cemerlang itu menerima anugerah berkenaan sempena Anugerah Pelajar Cemerlang Maahad Tahfiz al-Quran Pengkalan Damar di sini, kelmarin.

Ahmad Mustaqim mengakui seronok belajar dalam persekitaran sekolah dan rakan-rakan yang banyak memberi sokongan selain ibu bapa yang menggalakkan dia meneruskan pengajian di situ.

Menurutnya, kesemua anugerah berkenaan dianggap satu penghargaan daripada pihak sekolah atas usahanya selama ini.

Anak kepada seorang mekanik dan suri rumah bercita-cita menjadi usahawan berjaya namun tetap berhasrat menjadi huffaz kerana percaya dunia dan akhirat perlu seimbang.

“Saya mahu melanjutkan pelajaran di sebuah sekolah di Kelantan dan bergelar huffaz sebelum meneruskan usaha menjadi usahawan pada masa depan,” katanya.

Sebagai pelajar cemerlang, Mohd Mustaqim mengakui bertuah menerima Piala Mohamad Anas kerana membuktikan bahawa pelajar berkenaan cemerlang bukan sahaja dalam konteks sahsiah tetapi pendidikan.

Menceritakan kejayaannya dalam pendidikan, pelajar itu memberitahu, dia mengurangkan makanan segera.

0 comments:

share2