Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, January 7, 2015

CUBAAN SELUDUP BARANG MAKANAN DIPATAHKAN


TAWAU - Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau berjaya mematahkan cubaan menyeludup keluar 672 bungkus sosej dalam 21 kotak bernilai RM5,376 ke negara jiran petang semalam.

Komander PPM Wilayah Sabah, Asisten Komisioner, Mohamad Madun berkata kesemua sosej berkenaan tidak mempunyai dokumen semasa ditemui di ruang penyimpanan barang di atas sebuah feri yang dalam perjalanan dari Tawau ke Nunukan ketika diperiksa di kawasan perairan Tanjung Batu, jam 4.10 petang.

"Ketika anggota PPM melakukan pemeriksaan ke atas feri penumpang itu, mereka menemui sebanyak 21 kotak mengandungi 672 bungkus sosej seberat 300gm setiap satu di ruangan kargo," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohamad berkata kapten feri berkenaan gagal mengemukakan sebarang dokumen pelepasan kastam barangan tersebut setelah anggota penguatkuasa memintanya.

Katanya membawa barang ke negara jiran tanpa pelepasan pihak berkuasa kastam merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 135 (1) 1967 Akta Kastam.

#Bernama

0 comments:

share2