Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, January 9, 2015

CHENOR - PESAKIT LEUKIMIA DIPINDAHKAN KETIKA BANJIR MELANDA





Chenor, Maran 2 Januari 2015 - Seorang pesakit Leukimia Wardina bt Mohd Sabre 8 tahun yang menjadi mangsa banjir di Chenor telah dibawa ke HBKL untuk mendapatkan rawatan susulan.

Beliau adalah diantara mangsa banjir di Chenor yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sekolah Kebangsaan Persagi yang terputus.

Usaha membawa beliau telah dilakukan melalui jalan sungai menaiki bot menyeberang Sg Pahang kerana laluan darat terputus sama sekali.

Kehadiran petugas perubatan bersama Exco Kerajaan Negeri Dato Shahaniza Shamsuddin yang melakukan lawatan ke pusat pemindahan tersebut mendapati kanak kanak tersebut perlu dipindahkan dengan segera.

Dr Shafiq dari Klinik Kesihatan Chenor dengan dibantu oleh seorang Pakar Kanak Kanak Dr Irwin Khoo Jiayuan dari International Medical Universiti Malaysia (IMU) yang menyertai Pasukan Perubatan Sukarelawan MERCY Malaysiia mendapati kanak kanak tersebut tidak sesuai berada di persekitaran pusat pemindahan tersebu kerana pesakit leukimia seperti Norwardina mudah terdedah kepada jangkitan kuman.

Ibu kanak kanak tersebut Faridah Omar 42th yg berasal dari Jengka 14 berkata Norwardina yang dikesan mengidapi Luekimia pada bulan April 2014 memerlukan rawatan kimoterapi secara berkala di HBKL.





Oleh - Abadi Romeo



0 comments:

share2