Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, January 11, 2015

CERITA TENTANG BANJIR




Banyak pihak menuding jari ke situ ke sini apabila negara dilanda bencana banjir besar baru-baru ini. Pembalakan terus dituduh seolah-olah hanya itulah sahaja sebab musababnya berlaku banjir besar yang sememangnya luar biasa kali ini.

Kadang-kadang mereka menyalahkan pembalakkan sehingga mereka lupa bahawa jika tiada hujan sudah tentu banjir tidak akan berlaku. Mereka lupa bahawa faktor perubahan cuaca dunia serta kehendak alam adalah penentu segalanya.

Mungkin mereka tidak menonton di tv bagaimana banjir besar juga berlaku di Amerika Syarikat, Negara-Negara Eropah, Amerika Latin, India serta China. Mungkin mereka terlupa untuk bertanyakan diri sendiri apakah ada pembalakan di tempat-tempat yang ditimpa bencana berkenaan atau apakah pembalakan punca banjir berkenaan?

Tok Awang nak bermain dengan cucu sekejap, esok cucu dah nak ke sekolah. Tok Awang nak pesan pada cucu-cucu Tok Awang; Jangan semudahnya percaya pada apa yang kamu dengar, dan percaya separuh sahaja pada apa yang kamu lihat. Mungkin cucu-cucu Tok Awang masih belum faham masa ini, tapi nanti bila dia dah besar dan dah tambah berakal, pasti dia akan faham maknanya.


Tok Awang Selampit

0 comments:

share2