Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, January 10, 2015

BENTONG : PERASMIAN PASAR SELERA SANTAI MALAM DAERAH BENTONG





Malam tadi telah berlangsungnya majlis perasmian Pasar Selera Santai Malam di Dataran Bentong. Majlis ini dirasmikan oleh Yang DiPertua Majlis Perbandaran Bentong, En Mohammad Shahid Bin Ismail. Pasar Selera Santai Malam ini merupakan anjuran Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Pahang, Cawangan Bentong dengan kerjasama Majlis Perbandaran Bentong dan juga Bank Rakyat Cawangan Bentong.








Didalam ucapan beliau, Yang DiPertua Majlis Perbandaran Bentong, En Mohammad Shahid Bin Ismail memuji kesungguhan Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Pahang, Cawangan Bentong dalam mengadakan Pasar Selera Santai Malam ini. Ini kerana tujuan Pasar Selera Santai Malam ini diwujudkan adalah untuk membantu golongan peniaga dan penjaja Melayu meningkatkan lagi ekonomi mereka disamping memberi peluang kepada peniaga ini untuk berniaga diwaktu malam.

En Mohammad Shahid Bin Ismail turut mencadangkan agar acara sampingan seperti wayang pacak, khidmat bank bergerak serta aktiviti aktiviti untuk golongan belia dapat diadakan dimasa masa akan datang. Malah beliau turut menyarankan agar agensi agensi Kerajaan yang lain bekerjasama dengan Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Pahang Cawangan Bentong dalam mengadakan sebarang program supaya dapat mendekatkan lagi dengan golongan masyarakat.






Selepas majlis perasmian, sekumpulan anak muda yang menggelarkan diri mereka sebagai kumpulan Bar-Bentong turut mengadakan pertunjukkan kepada semua pengunjung yang hadir. 



1 comments:

  • shah says:
    January 30, 2015 at 12:23 PM

    Jemput iklankan barang jualan di portal iklan PASOMALAM.COM

    Percuma untuk semua demi peningkatan perniagaan ummah.

share2