Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, January 6, 2015

BABI MASUK PERPUSTAKAAN


Seekor babi hutan dilaporkan sesat dan memasuki perpustakaan sebuah institusi pengajian tinggi di Cyberjaya, semalam.


SEEKOR babi hutan dilaporkan sesat dan memasuki perpustakaan sebuah institusi pengajian tinggi di Cyberjaya, semalam.

Sebuah video yang merakamkan kejadian juga dimuatnaik ke laman sosial Facebook dan menarik tumpuan orang ramai.

Video tersebut, berdurasi 13 saat yang menunjukkan haiwan berkenaan tidak tentu arah selepas terperangkap di dalam perpustakaan berkenaan.

Seorang anggota bomba dan seorang pengawal keselamatan juga dilihat cuba mengawal keadaan.

Sehingga kini, video berkenaan mendapat lebih kurang 180,000 view dan beratus-ratus komen.

Rata-rata memberitahu bahawa babi berkenaan tidak sepatutnya dibunuh, cukup sekadar diberikan ubat pelali dan dibawa keluar.

Seorang lagi pembaca pula memberitahu bahawa babi tersebut merupakan babi hutan (liar) dan penggunaan ubat pelali mungkin tidak relevan.

Kesudahannya, babi berkenaan dilaporkan dipukul teruk. Beberapa bukti bergambar telah dimuatnaik di laman sosial sama.

Menurut sebuah portal berita, haiwan tersebut terperangkap selama dua jam dan kejadian berlaku pada jam 1.30 petang semalam.

0 comments:

share2