Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, December 22, 2014

PELANCONGAN KE PULAU-PULAU SABAH KEMBALI PULIH








Pulau-pulau sekitar perairan Sabah memang terkenal dengan keindahannya dan menarik ramai pelancong dalam dan luar negara.

Pulau Sipadan dan Pulau Mabul adalah antara pulau-pulau yang tidak asing lagi sebagai destinasi pelancongan terutama bagi aktiviti menyelam skuba.

Kedudukannya yang dilautan dalam Laut Celebes memberikannya kelebihan dengan hidupan laut serta karang yang menjadi tarikan tarikan utama.

Bagaimanapun, kebelakangan ini destinasi pelancongan pulau-pulau pesisir Sabah sedikit terjejas akibat lanun termasuk insiden berdarah di Lahat Datu tidak lama dulu.

Pasukan Keselamatan, Angkatan Tentera Malaysia serta Polis Diraja Malaysia telah bertungkus lumus dan berkerja keras membersihkan imej negara bagi memastikan keselamatan rakyat serta pelancong terpelihara.

Bagi memastikan keselamatan dan kedaulatan negara tidak dicabar lagi, kekuatan angkatan bersenjata telah ditambah dibeberapa lokasi tertentu.

Ancaman yang nyata adalah dari lanun-lanun di Selatan Filipina yang juga menjadikan kegiatan berkenaan sebagai kehidupan mereka sejak turun-temurun. 

Adalah menjadi kesukaran kepada pihak pasukan keselamatan kerana jarak diantara Sabah dengan pulau-pulau selatan Filipina tersangat dekat serta mereka mempunyai hubungan persaudaraan dengan sebilangan warga Sabah yang membolehkan mereka menyusup masuk dengan mudah.

Bagaimanapun, usaha keras Kementerian Pertahanan mengatasi masalah berkenaan dengan menambah peralatan dan anggota keselamatan dikawasan strategik sudah mampu menyekat penjahat berkenaan dari berleluasa dan bermaharajalela dibumi kita.

Disamping menjamin keselamatan pelancong asing serta rakyat tempatan, usaha ini akan dapat mengembalikan keyakinan para pelancong untuk melawat pulau-pulau berkenaan seterusnya memulihkan industri pelancongan negara khususnya di Sabah.




0 comments:

share2