Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, December 10, 2014

KUANTAN : PAHANG SEMAKIN JADI PILIHAN

Ishak (dua kanan) dan Idros (dua kiri) merasmikan pembukaan Hotel Cathayana, semalam.



Peningkatan pelancong ke negeri ini memberi peluang kepada industri perhotelan berkembang sekali gus menunjukkan Pahang sebagai salah satu destinasi pelancongan pilihan.

Pengurus Besar Tourism Pahang, Datuk Ishak Mokhtar berkata, pada tahun 2012 daerah Kuantan menerima 1.8 juta pelancong meningkat kepada 2.6 juta pada tahun 2013.

Menurutnya, ia jelas menunjukkan bahawa negeri Pahang khususnya Kuantan adalah lokasi yang menjadi idaman pelancong untuk datang berkunjung.

“Kempen Tahun Melawat Malaysia 2014 memberi kesan positif apabila kedatangan pelancong meningkat dengan mendadak.

“Oleh itu, bersesuaian dengan jumlah kedatangan pelancong, sudah tiba masanya untuk sektor perhotelan di negeri ini membangun bersama," katanya ketika berucap merasmikan pembukaan Hotel Cathayana di sini semalam.

Hadir sama, Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia Negeri Pahang, Idros Yahya.

Ishak berkata, dengan harga yang berpatutan, banyak pilihan bilik dan hotel menawarkan kemudahan dengan keselesaan maksimum.

Kedudukan bandar Kuantan yang strategik dengan tempat-tempat menarik menjadi faktor pelancong memilih untuk menginap di hotel tengah bandar ini.

Selain itu, beliau menjelaskan perkhidmatan hotel yang menggunakan teknologi hijau memberikan satu inovasi kepada sektor pelancongan negeri ini.

Ishak berkata, di bandar Kuantan terdapat 103 buah hotel, 30 pula di Cherating dan 15 hotel di Sungai Lembing yang merupakan antara pilihan popular pelancong.




0 comments:

share2