Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, October 23, 2014

PENCUCI MULUT LUAR BIASA


Azhar menunjukkan betik dalam betik yang ditemui di rumahnya di Bukit Payong, Marang semalam.


Marang - Hasrat seorang mekanik untuk menikmati betik yang ditanamnya sebagai pencuci mulut selepas makan tengah hari terbantut setelah mendapati buah tersebut luar biasa.

Azhar Mohamed, 40, dari Bukit Payong, di sini, berkata, ketika betik itu dibelah dua, dia terkejut kerana mendapati ada sebiji lagi buah betik di dalamnya yang berwarna putih berukuran empat sentimeter panjang berada di dalam buah tersebut.

“Melihat keadaannya yang luar biasa, saya batalkan niat untuk makan betik ini,” katanya.

Katanya, ini adalah kejadian pertama dialaminya selepas menanam pokok tersebut beberapa tahun lalu.

Menurut bapa kepada empat anak ini, pokok betik tersebut ditanamnya di belakang rumah dan tidak menyangka ia akan mengeluarkan buah seperti itu.

“Sehingga semalam, saya masih simpan betik ini di dalam peti sejuk dan tidak berhasrat untuk memakannya kerana buah betik ini memang lain daripada yang lain, malahan biji di dalamnya juga sedikit sahaja.

“Bukan senang dapat buah betik sebegini dan mungkin saya akan menyimpannya,” katanya.

0 comments:

share2