Salam semua,
Dah lama aku tak menempek kat sini. Sejak berakhir PRu13 haritu, dah genap setahun. Persoalannya, apa kemajuan yang diperolehi sejak PRu13 yang lalu. Aku yakin, Dato Seri Najib (DSN) tak membaca forum kat sini, tapi aku yakin PA atau pegawai khas beliau ada dok monitor kat sini, oleh itu, tolong sampaikan untuk survival PRU14 yang akan datang, jangan cerita yang manis2, yang buruk sapu kat bawah karpet, ingatlah, buatlah kerja kerana Allah, bukan untuk tembolok dan jaga periuk nasi sendiri.
Persoalan aku adalah hasil pemerhatian dari sepanjang setahun yang lalu sehingga ke hari ini. Baru2 ini DSN ditemuramah oleh Bernama, aku rasa DSN ada masalah sindrom penafian, macam Pak Lah juga. Persoalan aku di sini:-
1) Adakah UMNO semakin kuat dan diterima ramai?
2) Adakah BN semakin kuat dan diterima ramai?
3) Adakah Malaysia bawah DSN semakin berkembang maju dan ekonomi semakin baik?
4) Program2 transformasi macam GTP, MEB, high income economy, etc dan segala macam acronym mak nenek, adakah semuanya telah mula menampakkan hasil?
Sebenarnya, banyak sangat yang nak disenaraikan, tapi habuk pun tarak. Pendapat aku dari dulu lagi, kalau tengok dari arkib yang lepas2, aku tak pernah setuju DSN jadi PM, sebab DSN bukanlah pemimpin yang berkaliber. Tapi, aku keep in the good faith sebab ramai yang menyokong diwaktu itu.
Dimasa kini, DSN, terlalu banyak kelemahan. Seorang jurulatih bola sepak yang baik, boleh dapat keputusan yang baik dalam perlawanan dengan menggunakan pemain2 yang ada, menggilap potensi pemain2 yang sediada, disamping strategi yang bijak, dapatlah keputusan yang memberansangkan. Apatah lagi jika ada pemain2 hebat, tentulah keputusan di atas padang lebih memberansangkan.
PM adalah ibarat jurulatih bola sepak, pemain2 adalah jemaah menteri, dengan David Moyes, Juan Mata dan Wayne Rooney pun jadi pemain bola sepak cap ayam.
Hakikatnya, DSN tidak layak jadi PM. Untuk kebaikan parti UMNO tu sendiri, dan BN secara keseluruhannya, eloklah DSN pass baton tu kepada timbalan TSM, sekalipun DSN dipilih oleh akar umbi UMNO, dengan keadaan UMNO sekarang, aku tak yakin akar UMBI ada yang berjiwa agama, bangsa dan negara. Contoh terbaik, KJ, Hishamudin masih boleh tersenyum girang dipilih akar umbi.
MCA tak hormat DSN dengan enggan meletakkan calon, adakah parti MCA lebih besar dari BN sendiri? Mat Said tak hormat dengan DSN, dengan mengugut DSN pada pra dan pasca PRU dahulu. Taib Mahmud letak jawatan pun tak perlu nak bagi muka kat DSN. DSN dah hilang kawalan.
Come on lah DSN, bukan sekali, bahkan banyak kali bloggers tegur, Tun Daim tegur, Tun Dr. Tun Dr. Mahathir tegur. Acapkali juga, bloggers yang menegur, dicop sebagai anti DSN, ada udang sebalik batu, tak dapat projek, macam2 lah. Hakikatnya, selepas setahun, UMNO masih ditakuk lama, BN masih tiada perubahan. AKJ (a kadir jasin) pun ditempelak sebab tak dapat sesuatu. Harus diingat DSN, orang menegur untuk kebaikan UMNO sendiri, dan juga orang2 yang mempertahankan DSN juga ada pengampu dan pembodek2 yang tiada jatidiri, ibarat Mat Said, dah tak jadi MB, keluar UMNO. Begitu juga pengampu2 dan pembodek2 DSN, ramai antara mereka kulit BN, hati PR, macam MCA.
Kawan seperjuangan di sini, dah setahun, cukuplah rasanya untuk DSN memimpin BN, nampak gaya macam takde perubahan. Dari 2010 sehingga sekarang, DSN masih tak dapat memberi impaknya, yang banyak hanyalah slogan BRIM, KRIM, LRIM, SRIM, ZRIM dan 1 Malaysia. Acronym2 terlalu banyak, MEB, GTP, tah apa lagi mak nenek, apa kesannya terhadap kehidupan seharian? Sepatutnya setiap program impaknya mesti dirasai oleh orang kebanyakan. BRIM tak payah cakaplah, sape taknak duit, tetapi, kerajaan tak patut beri wang kepada rakyat macam tu je. Everybody has to work to earn money. Kerajaan patut beri insentif, untuk merancakkan ekonomi, bukan dengan beri duit one off macam tu je.
Banyak lagi yang aku nak perkatakan, tapi masa tak mengizinkan pasal aku pun sibuk bekerja. Harap rakan2 seperjuangan di sini, tampil bersama aku untuk DSN melepaskan baton kepada orang no 2 beliau iaitu TSM. Ingatlah DSN, UMNO lebih besar dari DSN sendiri, ingatlah DSN (pegawai khas DSN), buat sesuatu kerana Allah, bukan untuk diri sendiri.
0 comments:
Post a Comment