Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, October 20, 2014

MAYAT MANGSA PERAHU PECAH DITEMUI


Kuching - Mayat lelaki yang hilang selepas perahu dinaikinya dilanggar kapal ketika memasang bubu menangkap ketam berhampiran baraj Sungai Sarawak semalam, ditemui semalam.

Mayat Wahab Zain, 81, dari Kampung Bintawa Tengah dekat sini, ditemui di belakang tongkang berlabuh di tepi Sungai Sarawak, kira-kira 1 kilometer dari Pos Kawalan Bomba (PKOB) berdekatan lokasi kejadian pada 3.47 petang.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak hari ini, warga emas itu tidak pulang ke rumah sejak keluar pada 5 pagi semalam menyebabkan anaknya menghubungi bomba.

Sebaik menerima laporan pada 10.45 malam tadi, pihak Bomba melakukan operasi mencari dan menyelamat sebelum dimaklumkan penduduk kampung yang menjumpai serpihan perahu berkecai dipercayai dilanggar kapal.

"Operasi diteruskan pagi tadi dengan disertai bomba, Jabatan Pertahanan Awam, Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM), polis dan penduduk kampung.

"Mayat mangsa ditemui di belakang tongkang yang berlabuh di tepi Sungai Sarawak," kata PGO.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk bedah siasat.

0 comments:

share2