Instagram Tengku Puan Pahang
Pandangan hadapan Muzium Sultan Abu Bakar Pekan #MuziumPahang
18hb Oktober 2014
Sarapan pagi di hotel seawal 7.30 pagi dan jadual menetapkan semua peserta akan bergerak dengan bas ke Pekan untuk lawatan seterusnya ke Muzium Sultan Abu Bakar menyertai acara yang telah ditetapkan.
Jam 8.30 pagi masih belum bergerak dan masih menanti-nanti kerana masih ada rakan yang belum tiba. Di mana dan siapakah dia? Semua soalan itu kena tanya kepada 'SekupangDua'. Akhirnya bas bergerak juga dan kami tiba di Muzium Sultan Abu Bakar, mungkin terlewat sedikit. Ketibaan kami disambut dengan minum pagi.
Sebahagian kami menyertai Kolokium bertajuk 'Meraikan Ilmu' manakala sebahagian yang lain terus melawat ke-galeri-galeri. Sangat menarik dan mengujakan. Lawatan ke Muzium Sultan Abu Bakar Pekan adalah sesuatu yang tidak jangan dilepaskan terutama jika melawat bandar diraja Pekan.
Peserta sempat bergambar bersama Tengku Puan Pahang yang turut menyertai kolokium berkanaan. Keramahan dan sikap mudah mesranya membuatkan semua peserta lawatan tertawan. Kami menganggap itu adalah diantara kenangan manis sepanjang lawatan kami.
Selepas jamuan makan tengahari, kami dibawa bersiar-siar dan melihat sekitar Istana Abu Bakar dan kemudiannya ke Pulau Keladi. Lawatan ke Kampong Budaya dan Pusat Tenunan Sutera Pahang juga menarik hati.
Sebelum bertolak pulang ke Kuala Lumpur kami sempat singgah menjamu selera di Murtabak Mengkasar Peramu. Kami bergambar dan merakam kenangan dan mengucapkan salam perpisahan kerana sebahagian dari kami akan berpisah disini dan sebahagian lagi di hotel Shahzan Inn.
Tiba diperkarangan Hotel, sebak rasa dada kerana perjalanan kami akan diteruskan dan yang tinggal hanyalah kenangan ... 2 hari lawatan ke Negeri Pahang anjuran #MuziumPahang.
Tunggu siri catatan perjalanan ke-iii .....
Ucapan perpisahan
0 comments:
Post a Comment