Kuantan- Penghuni Blok B Rumah Pangsa Kampung Kempadang di sini gempar apabila seorang kanak-kanak berusia dalam lingkungan 10 tahun terperangkap dalam lif yang mengalami kerosakan, semalam.
Penduduk yang menyedari kejadian itu segera menghubungi bomba bagi mengeluarkan kanak-kanak tersebut.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Anuar Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 11.30 pagi sebelum mengerahkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Ubi bersama sebuah jentera ke lokasi.
Menurutnya, anggotanya tiba kira-kira 15 minit kemudian dan segera menghulurkan bantuan bagi mengeluarkan kanak-kanak tersebut.
“Kita terpaksa menggunakan peralatan khas untuk membuka pintu lif bagaimanapun usaha itu berjaya dan kanak-kanak terbabit dapat dikeluarkan dengan selamat,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Anuar berkata, lif terbabit mengalami masalah teknikal ketika kanak-kanak terbabit menggunakannya menyebabkannya terhenti.
0 comments:
Post a Comment