Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, October 24, 2014

KABINET JOKOWI SUDAH 99 PERATUS


Kabinet Jokowi dipercayai sudah 99 peratus dibentuk



KUALA LUMPUR: Presiden Joko Widodo (Jokowi), dalam perkembangan terbaru, berkemungkinan bakal mengumumkan barisan kabinetnya tidak lama lagi yang terdiri daripada 34 kementerian.

Ini bermakna Jokowi kembali menggunakan formasi kabinet yang pernah dinyatakannya bulan lalu.

Ini berbeza berbanding 10 Oktober lalu apabila Jokowi menyatakan bahawa jumlah kementerian itu berkurang menjadi 33 kementerian dengan empat kementerian koordinator. Ia disahkan lagi lima hari kemudian, apabila beliau menyatakan bahawa kabinetnya bakal diisi oleh 33 orang menteri.

Dalam laporan portal Kompas.com hari ini, bekas Timbalan Pasukan Transisi Jokowi-Jusuf Kalla, Andi Widjajanto, memberitahu, 99 peratus kabinet Jokowi-JK telah dibentuk petang tadi.

Menurutnya yang ditemui wartawan di Kompleks Istana Merdeka, hampir semua jawatan kementerian telah terisi, lengkap dengan nama-nama calon menteri tersebut.

Kesemua kementerian itu dibahagi kepada empat kementerian koordinator termasuk Kementerian Koordinator Politik, Hukum, dan Keamanan; Kementerian Koordinator Kemaritiman; Kementerian Koordinator Perekonomian dan Kementerian Pembangunan Manusia dan Kebudayaan.





0 comments:

share2