Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, October 19, 2014

ERIN MALEK KUNCI MULUT


Erin Malek


Bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga, kontroversi demi kontroversi terus menghambat bintang terkenal ini walaupun sudah bergelar isteri.

Sebelum ini, Erin Malek, pernah memberitahu bahawa dia mengharapkan agar perkahwinannya bersama suami, Farriz Fauzy dapat menutup segala dakwaan dan tohmahan liar terhadap dirinya.

Namun, selepas melangsungkan perkahwinan pada 10 Oktober lalu, pelbagai kontroversi mula melingkar, malah semakin ligat.

Selain daripada dakwaan Erin dan suami berkunjung ke kelab malam sejurus selesai resepsi perkahwinan mereka yang berlangsung di Hotel Intercontinental Kuala Lumpur, Sabtu lalu, foto-foto seksi pelakon filem, Awak Nak Kahwin Dengan Saya? ini mula tersebar.

Menerusi foto-foto itu, jelas memperlihatkan wanita yang didakwa mirip Erin mengunjungi kelab malam, Rootz Club dengan mengenakan skirt pendek berwarna krim.

Bagaimanapun, Erin lebih selesa mengambil pendekatan untuk mengunci mulut daripada memberikan sebarang penjelasan mengenai perkara itu.

Usaha Zass untuk mendapatkan penjelasan menerusi talian telefon dan aplikasi sosial, WhatsApp bagaimanapun tidak mendapat reaksi daripada bintang Misiku Kuza ini.

Pun begitu, menerusi laporan portal hiburan, suaminya tampil mengeluarkan kenyataan dan memberitahu bahawa ianya adalah perkara lepas dan tidak perlu diungkit kembali.

“Yang lepas biarlah lepas,” katanya.

0 comments:

share2