Bera - Seorang lelaki dipercayai berbangsa Melayu dijumpai terapung di Sungai Pahang berdekatan Kampung Bohor Baru, kira jam 7.30 pagi semalam.
Ketua Polis daerah, Deputi Superintendan Zul Haizal Zainal Abidin berkata, mangsa ditemui seorang penduduk kampung yang kebetulan sedang memeriksa jaring ikan di kawasan tersebut.
Menurutnya, pengadu terpaksa mengikat mayat di sebatang pokok bagi mengelak mayat terus dibawa arus sebelum membuat laporan polis di Balai Polis Kuala Bera.
“Empat anggota bergegas ke lokasi kejadian dan mayat diangkat keluar dari sungai dengan bantuan pengadu.
“Tiada pengenalan diri ditemui pada mangsa yang hanya berseluar panjang dan tidak berbaju,” katanya.
Zul Haizal berkata, mayat dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) untuk bedah siasat.
Katanya, setakat ini, masih belum ada yang menuntut atau membuat laporan kehilangan ahli keluarga.
“Polis masih menunggu keputusan bedah siasat.
0 comments:
Post a Comment