Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, September 4, 2014

PIALA MALAYSIA: SELANGOR, KEDAH, TERENGGANU GAH MARA SUKU AKHIR



Kuala Lumpur: Tiga bekas juara - Selangor, Kedah dan Terengganu masing-masing mara ke saingan suku akhir Piala Malaysia selepas tamat perlawanan terakhir peringkat kumpulan, malam tadi.

Dalam saingan Kumpulan B, Kedah bernafas lega selepas menewaskan Perak 2-0 di Stadium Darul Aman untuk muncul juara kumpulan dan diiringi Terengganu yang turut mara walaupun sekadar seri 0-0 ketika menentang Sarawak di Stadium Sultan Ismail.


Selangor yang gelisah sebelum ini berjaya menempah tiket mereka ke kelompok lapan terakhir selepas menewaskan T-Team 1-0 dalam saingan Kumpulan D di Stadium Shah Alam manakala Polis Diraja Malaysia (PDRM) muncul juara kumpulan selepas menewaskan Sime Darby 3-1 di Paroi.


Dalam perlawanan suku akhir nanti, Selangor akan bertemu FELDA United, Kedah menentang Kelantan, PDRM berdepan Pahang manakala Terengganu menghitung nasib temu Johor Darul Ta'zim.

Kejayaan Kedah itu menyaksikan mereka muncul juara kumpulan berbekal 10 mata manakala Terengganu, naib juara, satu mata di belakang.




0 comments:

share2