Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, September 16, 2014

'PAP BUKAN PARTI NYAMUK'


Zulkifli (kiri) menunjukkan lambang PAP kepada media.

Georgetown - Parti Alternatif Rakyat (PAP) bukan parti nyamuk dan mampu memberi saingan dalam politik tanah air, terutama menjelang pilihan raya umum ke-14.

Presiden penaja, Zulkifli Mohd Nor berkata, sebagai parti berbilang kaum, ia tidak menyebelahi mana-mana pihak sebaliknya menjadi parti politik yang bebas untuk membawa suara rakyat.

Beliau berkata, PAP mempunyai pemimpin dan penyokong yang mempunyai pelbagai latar belakang dan profesion yang mampu memberi khidmat terbaik kepada rakyat sebagai pembawa suara ketiga kepada kerajaan.

"Kami membawa apa yang rakyat mahu dan tidak dibiayai mana-mana pihak,

"Ini adalah perjuangan untuk memartabatkan rakyat dan tidak mengharapkan ehsan daripada mana mana pihak yang ada kepentingan," katanya pada sidang media mengumumkan penubuhan parti itu di sini hari ini.

Menurutnya, PAP menyasarkan untuk bertanding dalam semua Dun dan Parlimen pada pilihan raya umum akan datang sebagai usaha menjadikannya sebagai parti pilihan rakyat.

"PAP terbuka kepada individu berumur 18 tahun ke atas. Keahliannya adalah untuk rakyat berbilang bangsa dan agama," katanya.

0 comments:

share2