Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, September 7, 2014

BERA : JALAN KAKI KURANGKAN RISIKO PENYAKIT KRONIK

Peserta yang menduduki tempat pertama hingga ke 10 termasuk seorang warga emas bersama Norol Azali (berdiri, tengah) dan Dr Wan Rosealaiza (tiga, kiri) pada program itu.


KERAYONG - Aktiviti berjalan kaki sebanyak 10,000 langkah setiap hari boleh membantu seseorang untuk mengurangkan risiko mendapat penyakit berbahaya seperti diabetes dan tekanan darah tinggi.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Tugas-tugas Khas, Datuk Norol Azali Sulaiman berkata, aktiviti ini senaman terbaik dan mudah bagi golongan yang sentiasa sibuk dengan aktiviti harian.

Menurutnya, dengan berjalan sebanyak 10,000 langkah setiap hari, seseorang itu diibaratkan melakukan beberapa senaman seperti berbasikal, berenang dan beberapa aktiviti kecergasan lain.

“Senaman ini adalah mudah untuk dilakukan dan menjimatkan kerana ia boleh dilakukan di mana sahaja tanpa mengira waktu.

“Sekiranya ia dilakukan secara konsisten, seseorang itu mampu mengekalkan berat badan ideal serta dapat mengurangkan risiko penyakit berbahaya,” katanya pada Majlis Perasmian Program Berjalan 10,000 Langkah Merdeka dan Kem Koi Nok Sihat Peringkat Daerah Bera 2014, dekat sini.

Seramai 500 peserta terdiri daripada kanak-kanak, remaja dan dewasa termasuk warga emas menyertai program itu.

Norol Azali berkata, program ini mendapat sambutan menggalakkan daripada kakitangan pejabat kerajaan walaupun diadakan pada cuti hujung minggu.

“Aktiviti ini harus diteruskan kerana ia memberi peluang kepada kakitangan yang sentiasa sibuk dengan urusan harian untuk menjalani gaya hidup sihat,” katanya.



0 comments:

share2