Kulim - Seorang warga emas maut apabila motosikal yang ditunggangnya terbabit dalam kemalangan jalan raya dengan sebuah bas persiaran di persimpangan berhampiran Sekolah Menengah Lunas, dekat sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Kulim, Supt. Abdullah Arshad berkata sebelum kejadian yang berlaku kira-kira pukul 1 tengah hari itu, mangsa, M. Ramumurthi, 60, dari Taman Sentosa, Lunas, dekat sini dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas mengambil cucunya di sekolah berkenaan.
"Mangsa dikatakan telah melanggar belakang sebuah bas persiaran yang sedang membelok ke persimpangan Taman Desa Permai sebelum terjatuh lalu meninggal dunia di tempat kejadian.
"Sementara itu cucu mangsa, P. Karthina, 15, pula cedera parah dan kini sedang dirawat di Hospital Kulim," katanya ketika dihubungi.
Menurut Abdullah, hasil bedah siasat menunjukkan punca mangsa mati adalah akibat kecederaan parah di kepala.
0 comments:
Post a Comment