Kuala Lumpur: Kesihatan Bidunita Negara, Datuk Sharifah Aini atau lebih mesra dengan panggilan Kak Pah, berpunca daripada sering berhadapan dengan khalayak ramai sehingga dirinya terdedah kepada bahaya jangkitan luar.
Penyanyi yang terkenal dengan lagu 'Seroja' dan 'Bunga Melur' ini telah dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) di Pusat Perubatan KPJ Damasara sejak Isnin selepas mengalami kesukaran bernafas akibat fibrosis paru-paru.
“Kak Pah sedar yang dia ada masalah dengan paru-parunya. Tapi, dia tetap mahu berhadapan dengan khalayak ramai dan mendedahkan paru-parunya pada bahaya jangkitan luar.
"Jika dia berpelukan dengan orang yang ada selesema, beliau boleh dijangkiti dan ia akan menganggu paru-parunya. Akibatnya, Kak Pah akan dimasukkan ke hospital keesokan hari," menurut Syed Tahir Syed Jaafar, iaitu abang kepada Kak Pah ketika ditemubual oleh hlive.
Menurut Syed Tahir, Kak Pah telah mula menjalani rawatan sejak enam bulan lalu dan ahli keluarganya telah membuat beberapa perbincangan sempena Ramadan.
“Kali terakhir kami berjumpa dia sedang menantikan ketibaan Ramadan dan juga merancang untuk meraikan ulang tahunnya yang ke-61 bersama para peminat.
Kak Pah adalah seorang wanita yang disayangi semua dan saya rindukan pelukan dan ciumannya. Dia seperti orang yang sedang tidur. Saya tertanya, bila agaknya saya dapat peluk dia lagi sekali,” kata Syed Tahir sebak.
Sebagai abang, Syed Tahir juga terkilan dengan spekulasi orang ramai sehingga menyebarkan berita tidak benar tentang kesihatan Kak Pah di media sosial. Dia bagaimanapun meminta bantuan orang ramai untuk mendoakan kesihatan Kak Pah agar pulih seperti biasa.
“Saya seru peminat-peminat yang prihatin tentang kesihatan Kak Pah untuk memberikan dia ruang untuk pulih. Saya juga minta orang ramai tidak membuat spekulasi.
“Malah saya baru sahaja ditanyakan rakan saya di Singapura tentang berita yang lebih buruk telah sampai ke telinganya,” ulas Syed Tahir mewakili seluruh ahli keluarganya.
Sementara itu, pakar perunding pernafasan Dato Dr Zainuddin berkata, keadaan Kak Pah semakin stabil dan beliau telah menunjukkan sedikit peningkatan secara menyeluruh.
Kak Pah kini masih dirawat di unit rawatan rapi di pusat perubatan tersebut.
0 comments:
Post a Comment