Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, July 2, 2014

PEMUDA DIPENJARA MENGAKU CURI TELEFON


Tertuduh diiringi keluar dari mahkamah.

Jerantut- Seorang pemuda dihukum penjara 10 bulan selepas mengaku bersalah dalam Mahkamah Majistret Jerantut semalam atas tuduhan mencuri telefon bimbit milik sebuah kedai di sini, 20 Jun lalu.

Tertuduh, Mohamad Ariff Emeran, 23 berasal dari Kesedar Sungai Asap (A) Gua Musang, Kelantan membuat pengakuan bersalahnya di hadapan Majistret Rini Triany Mohamad Ali.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh didakwa memasuki premis kedai yang terletak di tingkat bawah, Jalan Zapin, Taman Inderapura Jerantut berpura-pura sebagai pelanggan kononnya ingin membeli sebuah telefon bimbit jenama Samsung S3.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.15 petang itu, tertuduh berjaya memujuk jurujual supaya mengeluarkan telefon bimbit itu dari rak pameran untuk melihat dengan lebih dekat.

Bagaimanapun dia bertindak melarikan diri bersama telefon bernilai kira-kira RM1,200 tersebut sejurus diserahkan jurujual terbabit.

Susulan laporan polis yang dibuat pengadu kes itu, tertuduh berjaya ditahan dalam satu ops bersepadu kira-kira jam 3.30 petang, 20 Jun lalu.

Dia dihadapkan ke mahkamah itu semalam atas tuduhan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

0 comments:

share2