TURKI: Kesukaran mendapatkan bahan api untuk generator di pedalaman Turki membuka kepada inisiatif bekalan tenaga elektrik menggunakan 'keldai solar' yang dilihat lebih mesra alam.
Sebuah syarikat yang dikenali sebagai syarikat Ser-Gun bertanggungjawab membawakan projek ini yang dimulakan sejak tiga dekad lalu.
Program 'Donkey Plug and Play' menjadi jalan penyelesaian untuk membekalkan tenaga elektrik kepada penduduk luar bandar.
Projek ini membawa teknologi moden kepada kehidupan petani yang mendiami pedalaman turki yang berbukit-bukau.
Panel solar itu membekalkan 5 hingga 7 kilowatt tenaga elektrik yang boleh digunakan untuk mengecas telefon bimbit, menonton televisyen, menyalakan lampu serta menggunakan komputer riba.
Kerajaan Turki memberi subsidi untuk pembelian 'Donkey Plug and Play' sebanyak 50% dari harga jualan iaitu RM4205 seekor.
Kini penduduk luar bandar rata-ratanya petani boleh mendapatkan bekalan tenaga elektrik bergerak sewaktu menjaga ternakan.
0 comments:
Post a Comment