Sebelum ketibaan CEC yang terbaru ini, penulis berkira-kira bahawa tiada lagi Melayu yang sanggup diperkudakan oleh DAP selepas keberangkatan Tengku Abdul Aziz Ibrahim dari parti Cina chauvinist tersebut. Bangsa Melayu yang berada di dalam DAP tidaklah ramai, ini tidak termasuk yang mengaku Melayu seperti Zairil Khir Johari hanya untuk kepentingan politik peribadi beliau.
Boleh dikatakan Melayu dalam DAP adalah golongan yang bak kata pepatah “melukut di tepian gantang”. Ada pun seorang dua Melayu ini dilantik oleh DAP hanya sebagai syarat untuk mengaburi sifat rasis parti Cina itu, tetapi apakah orang-orang Melayu yang dibeli dan dibela oleh DAP ini tidak ada perasaan malu terhadap Agama, Bangsa dan Negara mereka sendiri.
Pada pemilihan yang lepas, tiada seorang Melayu pun di dalam DAP yang menang dalam pertandingan di peringkat nasional. Tetapi kini, ada seorang lelaki Melayu berjaya menambat hati para pemimpin Cina chauvinis DAP untuk mengangkatnya (lantikan) sebagai Naib Presiden DAP untuk sesi 2013-2016.
Lelaki Melayu yang saya maksudkan adalah Dr Ariffin Omar seorang aktivist politik yang ijazah dan pengalaman kerjaya nya yang panjang berjela-jela. Pada hemat penulis Dr Ariffin bukanlah seorang yang bodoh untuk ditipu oleh para pemimpin DAP yang tidak berapa cerdik, dan beliau bukanlah dari kalangan orang miskin yang boleh dijual beli oleh Cina DAP. Ini membuatkan penulis berfikir, apakah natijahnya orang Melayu seperti Dr Ariffin Omar untuk bergiat aktif dengan sebuah parti yang terang-terang menentang Islam dan hak orang Melayu. Dengan bantuan Wikipedia penulis berjaya mencari tahap keilmuan Dr Ariffin Omar:
“Untuk pengetahuan umum, Dr Ariffin Omar pernah menjadi pensyarah di USM (1974-2006) dan pensyarah tamu di Universiti Utah (1998). Sepanjang kerjayanya, beliau telah dilantik sebagai Pegawai Orientasi American Peace Corps (1979) di Melaka. Beliau turut menyumbang kepakaran beliau bagi menulis ‘Ensiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu’, Dewan Bahasa dan Pustaka (1992-1996). Beliau turut menjadi Perunding Konsep Kajian Bangsa dan Umma-Perbandingan di SEA, Tokyo, Mei 2007. Di UUM, beliau mengajarkan subjek Hubungan Antarabangsa bagi Ijazah Sarjana Sains (Pengajian Strategik).
Beliau juga adalah pakar dalam Sejarah Melayu dan telah memberi syarahan di USM dan Universiti Utara Malaysia sebelum ke Universiti Pertahanan Malaysia. Buku ‘Bangsa Melayu’ (1991) diterbitkan oleh Oxford University Press.”
Beliau juga pernah menjadi sebahagian dari tenaga kerja Aliran, seangkatan dengan Dr. Chandra Muzaffar. Selain itu, penglibatan beliau di dalam politik adalah terlalu sedikit dan bertindak tidak lebih daripada sebagai pemerhati politik di Malaysia.
Bukan calang-calang nampaknya Naib Pengerusi DAP ini, namun apabila meneliti kerjaya lampau Dr Ariffin, kehebatan beliau nampaknya dipandang enteng selama ini. Tiada satu komponen Pakatan Rakyat pun sudi meminang beliau untuk terus berjuang didalam mana-mana parti politik mereka. Lantas itu mungkin menjadi penyebab utama mengapa Dr Ariffin merajuk dan terus menyambar peluang yang telah ditawarkan oleh DAP.
Walauapapun, tahniah diucapkan kepada Dr Ariffin diatas perlantikan beliau sebagai Naib Pengerusi DAP. Sebagai seorang yang beragama Islam, dan berbangsa Melayu tulin, penulis berharap Dr Ariffin akan mendapat hidayah dan keluar dari kandang DAP secepat mungkin. Ini kerana, tiada yang lebih hina daripada seorang Melayu yang mengkhianati amanat dan amanah bangsanya semata-mata ingin memiliki kemashuran dan kekuasaan politik. Dr Ariffin perlu sedar, bahawa orang Melayu yang mengikut DAP hanyalah mereka yang akan dikeldaikan oleh parti Cina chauvinist tersebut.
0 comments:
Post a Comment