Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, June 24, 2014

PROGRAM KEMAHIRAN KEIBUBAPAAN ANAK BERKEPERLUAN KHAS



Kuntan, 23hb Jun 2014 - Pagi tadi YB Dato' Shahaniza Shamsuddin, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia merasmikan penutup Program Kemahiran Keibubapaan Anak Berkeperluan Khas (OKU) Module Terapi Minda bertempat di Dewan Melati, Rumah Kanak-kanak Sultanah Hajjah Kalsom, Penor, Kuantan, Pahang.

Program ini dianjurkan bersama oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara Negeri Pahang dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pahang.

Antara objektif program tersebut adalah untuk mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran keibubapaan dengan melihat pendekatan pengurusan emosi sejajar dengan gaya hidup moden dalam mengimbangi kejayaan dan keluarga.

Selain itu ia juga memberi peluang perbincangan dua hala diantara peserta dan pakar berhubung dengan isu-isu tekanan (stress) dalam mendidik anak-anak istimewa.

Dalam ucapannya antara lain, Dato' Shahaniza menyeru ibu-bapa dan masyarakat agar lebih peka dan peduli kepada kepada kanak-kanak kurang upaya terutama dalam mendidik dan memberikan mereka tempat sewajarnya dalam masyarakat.

"Adalah tidak wajar membandingkan negara kita dengan negara-negara maju dalam memberikan layanan istimewa kepada ibubapa dalam menjaga kanak-kanak kurang upaya ini. Memang disesetengah negara maju ibu-bapa diberikan elaun khas penjagaan kanak-kanak kurang upaya, tetapi rakyat mereka membayar cukai pendapatan yang lebih tinggi berbanding negara kita" - ujar beliau. 

  




0 comments:

share2