Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, June 19, 2014

POKOK KURMA BERBUAH LAPAN KALI




Jerantut - Pokok kurma berbuah di Kelantan menjadi satu fenomena baru di negara kita sehingga menarik perhatian orang ramai untuk berkunjung dan melihat sendiri selain turut merakam gambar kejadian yang dianggap aneh terbabit.

Bagi seorang peneroka Felda Sungai Tekam Utara, Abu Bakar Shariff, 65, dan isteri, Normah Yaakop, 62, fenomena terbabit telah dirasai sejak sekitar 10 tahun lalu.

Abu Bakar berkata, pokok kurma terbabit kini telah berusia lebih 40 tahun dan sudah mengeluarkan buah sebanyak lapan kali.

Lebih menarik, dia hanya menanam sepokok sahaja buah kurma terbabit sekali gus menimbulkan rasa hairan sesetengah pihak kerana pokok kurma dikatakan akan berbuah jika berlaku proses pendebungaan.

“Ia memang satu perkara pelik, walaupun sebatang, ia tetap boleh berbuah, malah sejak setahun yang lalu, ia berbuah tanpa putus,” katanya.

“Dahulu ada juga orang nasihatkan saya supaya memotong pokok yang ada kini, namun saya sayang. Saya berkomunikasi dengan pokok itu setiap hari, saya berselawat dan bermohon sekiranya ada rezeki saya, berharap ia berbuah dan saya tidak sangka sekitar 10 tahun
lalu ia berbuah,” katanya.

Menurut Normah, pokok kurma itu ditanam ketika dia mengandungkan anaknya yang sulungnya.

“Masa mengandungkan anak sulung saya mengidam hendak makan kurma. Biji kurma itu mungkin secara kebetulan dibuang bawah rumah dan ianya bercambah.

“Melihatkan ia bercambah, suami alih dari bawah pokok ke hadapan rumah,” katanya.

Tambah Normah, penduduk kampung dan orang ramai yang tahu tentang buah kurma terbabit akan datang ke rumah mereka untuk melihat dan merasai sendiri buah kurma segar di sini.

“Kami juga ada memberikan anak pokok dari biji yang kami semai dan ramai yang telah mengambilnya. Tidak tahulah sama ada di tempat lain hidup atau tidak pokok yang ditanam ini,” katanya.

Katanya lagi, ramai yang akan menebang pokok yang ditanam setelah berpuluh tahun pokok itu hidup.

“Kami sayang hendak buang dan mungkin berkat kesabaran, akhirnya pokok kurma ini mengeluarkan buah setelah lebih tiga dekad, malah apabila masak, ia akan berwarna kuning dan manis,” katanya.

Sumber

0 comments:

share2