Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, June 19, 2014

PIALA DUNIA: TIGA PENYOKONG MENINGGAL DUNIA



Shanghai: Tiga penyokong bola sepak China meninggal dunia selepas berjaga sepanjang malam untuk menyaksikan perlawanan Piala Dunia yang disiarkan secara langsung.

Seorang lelaki, berusia 39 tahun didapati tidak bernyawa selepas menonton perlawanan kempen bola sepak paling berprestij itu tiga malam berturut-turut. 

Menurut laporan Easten Daily, dia yang dipercayai ada penyakit darah tinggi didapati mula tidak sedarkan ketika menyaksikan perlawanan antara Uruguay dan Costa Rica. 

Seorang lagi lelaki berusia 25 tahun, mati di depan komputernya selepas keletihan melampau menyaksikan perlawanan antara pasukan Chile dan Australia pada jam 7 pagi.

Sementara, bekas pemain bola sepak negara itu, Li Mingqiang, 51, mati akibat serangan jantung selepas menonton perlawanan antara pasukan Sepanyol dan Belanda.

0 comments:

share2